This is my story-Manis
Saturday, February 18, 2012
Thursday, February 9, 2012
Salamualaikum semua,Makcik baru saja kematian adik lelaki yang makcik sayangi semalam.Makcik rasa buat masa ni makcik nak berehat banyak-banyak.Dan blog makcik belum ada masa dan feeling yang sesuai.Makcik harap kalau you all mahu keep in touch dengan makcik..bolehlah add makcik di facebook Azlina Abdul Aziz.Rasanya you all ingatkan muka makcik..makcik sangat sedih sebenarnya sekarang ni.Wasallam-Manis
Tuesday, January 17, 2012
Basikal exercise untuk di jual (Gintell Magnetic Bike for Sale)
Salam semua,Inshaallah 8hb makcik dapat kunci rumah yang baru mahu di sewa di Mont Kiara sana.Alhamdulillah..harapnya semuanya ok..makcik pun boleh jalan kaki je hantar bebudak sekolah.Makcik sekarang kena mulalah exercise..perut dengan pinggul sudah sama besar dah.
Anyway,makcik nak jual Gintell Magnetic Bike ni.Harga beli RM1790 dan makcik nak jual RM1200 ono.Berusia 3 bulan..hardly used.And still under warranty from Gintell.Apa-apa kena datang rumah ambil sendirilah erk.So boleh hubungi makcik di no.010-2215018.Sekian Terima Kasih.
Maaflah sibuk tak dapat nak selalu update blog.Kerja rumah etc dan anak-anak tak menang tangan.Alhamdulillah eczema makciks udah beransur pulih.Baguslah ubat sinseh yang makcik makan tu.4 kali minum air 'karat' tu terus Alhamdulillah kering apa ke bagai..cuma sekarang melihat parut parut yang makcik garu tu jelah.Dahla kulit hitam melengut..berparut pulak ye tak..hehehe.
Ok dearies..Makcik nak tidor.Salam Manis.
Wednesday, January 11, 2012
Said's 16th Bday and pot pet..
Semalam hari jadi Said yang 16tahun.Takde buat apa pun..we all just pergi makan buffet di Shang ri la hotel sebab Said nak makan buffet.Said ajak best friend dia join sekali..the food was excellent:).
Saja order cake mobile phone sebab dia nak hadiah HTC mobile phone..Inshaallah weekend ni Ayah dia belikanlah.Kawan makcik yang buat cake tu...sama dengan cake spongebob Adam tu.
Makcik busy sebab tengah cari rumah nak pindah..so rasanya dah jumpa dipanggil sky bagalow aka condolah.Walking distant to Adam's school..So harapnya boss setujulah sabtu ni dia nak pergi tengok.Cuma rasanya separuh dari barang rumah makcik ni ken ado somethinglah.Faham jelah condo kan..we have to keep it minimise yang boleh.Tapi living in condo ni rasa macam tinggal di 5 stars hotel..sebab all the benefits..swimming poollah gymlah saunalah..meditation gardenlah playgroundlah apa..so berbaloilah kot..even mahal sikit dan kecik sikit dari rumah sekarang.
Dah tak larat nak travel dan nak mengemas rumah yang besar ni.Even space yang kita tak guna pun kita ken akemas juga..takan nak biarkan berabukkan.
So tulah..doakanlah untuk kami.Alhamdulillah Said pun banyak dah berubah tak tahulah nak cakap..banyak dah tolong makcik itu ini..apa makcik mintak tolong semua dia buat..dan takde di abuat benda merapu lagi.Haritu makcik cerita dengan kawan makcik pasal dia peluk makcik dan cakap terima kasih sebab tolong dia dari kena punishment..kawan makcik menangis..hehehe..dia terharu..sebab bukan senang nak dengar budak cakap thank you,I love you..appreciate you zaman sekarang ni kan..Alhamdulillah.Makcik pun perasanlah juga perubahan dia..harapnya dia oklah..
Oklah nak berehat..kerja rumah tak habis-habis..pagi sampai malam..dan chinese medicine tu memang makcik tabiklah even rasanya ntah apa-apa..lepas ni makcik nak makan chinese medicinelah..hehehe.
Monday, January 9, 2012
Makan ubat cina
Sebenarnya badan aku sejak 4 bulan ni..tak berapa bagus.Aku ras aaku pernah cerita pasal eczema aku..then its getting worst.Dah 2 skin specialist aku jumpa..diaorang bagi ubat gitu gitu jelah..diaorang cakap eczema ni tengah dia punya peak.Sungguh tak selesa..miang jangan cakaplah.
Yang tak kena muka leher dada..yang lain sampai kepala lutut kena gatal tergaruk garuk..yang menjadi masalahnya aku sampai tak boleh nak tidor.Masa di Australia haritu..aku susah nak tidor..aku bangun tengah-tengah malam..aku mandi air panas rasa macam nak rebus je badan aku ni..
Pagi tadi..aku tak boleh nak hantar anak-anak ke sekolah sebab malam tadi aku keletihan tak boleh tidor sebab badan aku gatal..nasiblah Mike boleh lebih kurang..so diaorang hantar bebudak ke sekolah..aku smabung tidor balik after siapkan lunch pack diaorang.Aku dah tak tahan..aku tanya kawan aku pasal tabib cina atau sinseh..
Lepas ambik budak dari sekolah..aku ke kedai sinseh..tabib tu tanya aku..macammana aku boleh datang situ..aku cakap aku dah tak larat lagi dah dengan kulit aku ni..aku jadi stress..doktor cakap punya kulit aku jadi macam tus ebab aku stress..aku tengok kulit aku..aku lagi stress dibuatnya.Anyway,The tabib..pegang nadi aku..then straight away cakap..liver aku banyak toxic..aku percaya tu..sebab aku ni makan ntah apa-apa..dahla kurang minum air.
3 hari lepas perut aku macam bloated..aku ni jarang kembung-kembung perut then aku sendawa..so the tabib also cakap badan aku banyak angin..aku pasrah jelah..aku pun badan dah tak tentu arah dah sekarang ni..Mike cakap punggung aku paling besar pernah dia tengok..hihi..sabor jelah.
So tu dia ntah apa segala daun..so aku masaklah dengan 4 cawan..dia bagi 6 bungkus untuk 6 hari..lepas tu dia ada bagi aku pil makan 3 kali sehari..nampak macam herba pil juga..lepas dah rebus..aku minum ya rabbi..pahit ada segala macam semua..aku terluak balik apa yang aku makan..adoiyaiii..kenapalah aku jadi macam ni.
Malam kelmarin pinggang aku berdenyut..aku pergi klinik mintak inject pain killer..aku budget batu karang..so besoknya aku pergi jumpa doktor batu karang aku.Dengan manis muka doktor tu menyapa aku..even aku masih jauh di luar pintu.Tang tu juga dia suruh aku buat CT scan..tulah yang bagus private hospital private doktor..aku cakap kalau 30mins aku nak buat lain hari sebab aku taknak anak aku berlari-lari kat hospital tu..dia cakap takpe.."I'll call them and make sure they get you within 10-15mins.
Tu dia cepat..bla bla kenalah RM800..nasib company bayar..aku rasa kalau mike menanggung segala medical ni harus jugalah duit gaji just bayar untuk aku punya hal..kejap doktor tu kejap doktor ni..tapi nak buat macammana..tulah aku ni ntah apa-apa..so banyaklah pantang aku tak boleh makan..tapi tulah yang dipantang tulah yang tefikir nak makan.Tabib tu cakap within 2-3 weeks kalau aku jaga betul..dan makan apa tu..kulit aku ok..malam ni aku rasa macam kurang miangnya..Ya Allah..ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..kasihanilah aku.Nak minta doa pun aku malu sebab aku ni solat tak berapa tertib..kejap je..pastu nak mintak doa bila sakit..ntah solat aku diterima ke entah tidak..
Tu yang malas nak update blog..aku tak berapa nak sihat..
Aisha..
Aisha shortlisted untuk satu iklan..tengoklah macammana kalau rajin aku bawaklah dia pergi audition.Shortlisted tak bermaksud dapat ..kena screen test juga.Gambar atas..gambar lepas mandi..di haruknya aku suruh iron 'bumbum' dia..aku basuh dah petang tak kering..ntah bilalah boleh aku buang bumbum tu..dah serupa kain lap kaki pun iye.
Gambar di bawah tu..gambar tengahri tadi lepas balik sekolah..mekap tu nenek dia hadiah kat dia..AUD1 je..sempena christmas haritu..ha tengoklah tak cukup muka nak pakai mekap kan..balik rumah aku lap..aku cakap dengan dia..jangan pakai mekap nanti muka hitam:).
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
You followww?..I follooowww
- Abnormal
- Aida Rezuan-Spain
- Aidid Muaddib-Anti MLM:)
- Along7576
- Amy-Germany
- Amy-Ontario Canada
- Amy-Search
- Amysensei-Japan
- Arc
- Calimero
- Chef Yus@Mrs J
- Cikgu Pinat
- Cutey wifey-Ambia
- Ezlyn IG
- Fadilah
- Fitri Senin
- Gemuk dah kurus
- Hazlin's
- Iqa-UK
- Iskandar-Scandanavian
- Its me
- Jue
- Kadi Kluang
- Kak Ina-KL
- Kakalia
- Marlinda
- Mr.Rafi-HR Trainer
- Mutiara-USA
- Nanafarhana
- Nek Rock(Butik barangan dari USA)
- OrangeLily
- Pikacu
- Plug2pin
- Rina-Brunei
- Rizalman-Fashion desinger
- sasha bashir
- Somuffins
- Tokey Tukul
- UmmiSha
- Yan
- YoursTruly












