Saturday, December 20, 2008

Goodbye house,Goodbye Newcastle and Good bye Australia

Sedikitlah emotional kan bila dah dekat-dekat nak pindah ni.Isnin ni removalist akan packing2 dan angkat barang-barang semu ainstead hari tu cakap nak angkat barang on tuesday.Adam dan Said sudah pergi ke rumah mentua pagi tadi.

Tak tahulah yang diaorang tu tahu tak yang diaorang tu takan balik rumah ni semula atleast for 5 years,Inshaallah.Kawan Said depan rumah datang berlari-lari nak say good bye kat Said..sedih aku tengok muka budak tu.Dia tahu Said nak bertolak pukul 7 dia cakap dia bangun 3 minit sebelum 7 then pakai baju berlari datang...(nasib orang sini kut time kan..hehehe)..cakap nak jalan pukul 7 memanglah pukul 7 jalannya..bukan pukul 8;).

So semalam packing Adam dan said luggage ok saja..yang interestingnya ni nak menpacking kain baju aku sendiri kejap lagi.Mike kasi aku 2 big luggage should enough kot..sebab macam nak pergi holiday sebulan kan.Kami akan tinggal di city center untuk sebulan pertama sebelum barang-barang sampai dan aku kena pilihlah beberapa rumah yang Mike inspected hari tu.Mana yang sesuaikan.

Inshaallah dah adalah pembantu aku nak jaga anak-anak ni nanti..Inshaallah ok kot sebab kawan yang rekemenkan.Nama dia Atun ..Mike cakap boleh kita kasi nama lain tak..macam 'Daisy' ke..hehehe..aku tak tahu apa masalahnya menyebut Atun tu..so aku cakap.."ok kita panggil dia kakak".

Oklah..Inshaallah jumpa lagi.Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru dan perubahan yang baru dan menarik kan:)-Manis74

Tuesday, December 16, 2008

Bla bla tuesday

Sekarang pukul 1018pm time aku aku baru balik dari gym..aah aku pergi belah malam macam manapun nak gak pergi gym dari aku dok rumah serabut tengok rumah aku sepah sana sini.Best gak gi gym belah malam ni sebab rancangan Foxtel tu bestlah pulak..aku ni sukalah music jenis R&B pastu tadi dah pukul 930pm baru nak start satu slot ni 50cent vs P.Diddy..hehehe..gym tutup pukul 10 aku sampai gym tadi pukul 815pm..dengan nak masak semua dengan nak siap mandi anak semuakan..even mentua aku ada ..aku still buat kerja-kerja tu semua mentua aku tolonglah main-main dengan bebudak ni kalau aku nak gi kedai ke apa aku bolehlah tinggalkan diaorang dari aku kena hangkutkan 2-2 orang anak kucing tu kan.

So dari aku puny aplan nak berjalan kat atas treadclimber tu untuk 30mins jadi 70mins dengan sikit weight lifting apa ke bagai tu.Aku taknaklah angkat berat-berat tu kan serupa hulk jadi-jadianlak aku nanti kan..lagi lagi bila aku hangin kang habis semua yang berat-berat boleh aku hangkat dan campak keluar kan..hehehe.Aku ni kan ada hangin kus kus sikitkan..dulu-dulu sampai aku study dulukan bila agak-agak pala cam nak jam pastu bf menyakitkan hati aku pernahlah baling dia dengan botol minyak wangi..nasib sempat mengelak kot tak aku ingat mahu ke hospital ex aku tu..hehehe.

Lambatnyalah boss aku nak balik ni ha..lagi semalam jek lagi..terseksa aku rasa takde suami ni..bosan yang amat aku.Mike dah dapatkan tempat tinggal nanti kami sampai-sampai kat KL nanti..ofcoz pilihan madam besar ni kan..hehehe.Apapun aku ni kan banyak tugasan mahu di buat terutama nak menyettle kan tugas company aku tu kan.And i'm so excited about it.

Aku ni tadi siang macam benda nak cerita dah malam lupalah pulak..aku ada gambar-gambar Adam's graduation hari ni nak upload malaslah pulak.Si Adam tu kan budak kesayangan sorang lady teacher ni lah..siap bagi hadiah kat Adam etc..aku cakap dengan dia..datang cuti kat Msia boleh duduk dengan aku..sebab dia memang loving sangat dengan Adam..macam ala-ala nenek dengan cucu macam tu.Hari ni juga aku baru jumpa 2 orang lady yang aku pernah buat housecleaning dulu tu kan lagi 3 orang nak kena jumpa ni..aku bagi coklat seorang sebekas aku ada beli berkotak-kotak coklat senang jek jumpa bagi jek coklat nak buat kuih apa bagai aku ni tak koser even tak pindah pun aku kurengkan yang cikgu-cikgu Adam tu pun tadi semua akuu kasi coklat..uishh diaorang ni memanglah loving sangat dengan Adam.

Tulah adalah beberapa appointment lagi nak jumpa orang nak diaorang call2 aku tak sempat nak call balik pun..tulah nak settlekan sebelum pindah ni kan.Sebab aku tak tahu masa depan aku kan..Inshaallah mungkin jumpa diaorang balik dan lagi keep everyone happy nanti apa-apa aku balik sini aku boleh jek drop by rumah diaorang dan kalau apa-apa boleh jek email kan.Diaorang more macam kawan-kawan aku.

Oklah nak mandi dan tido..zzzzzzzzzzz

Monday, December 15, 2008

Bla bla monday!




Aku beli ni tadi..tak clearlah gambarnya.Dari Esprit macam perhiasan gitu dari 925 sterling silver rasanya ni pertama kali aku beli silver.aku tengok dalam magazine cam lawa jek.Mahal gak benda alah ni..aku beli cincin dengan stud tu $119 each.Pakai-pakai gi kerja gi meronggeng pun boleh jek:).Sophisticated gak nampak nya..nanti business juta-juta bolehlah beli Bulgari ke apa kan..sekarang beli Esprit jek dulu.

Mike cakap nanti before balik Msia company akan belanja macam little holiday semua expenses di tanggung oleh company aku lupalak nak tanya kot-kot ada shopping spree ke apa kan..pergi holiday ke Gold Coast saja sebab kami berlepas ke Kl thru Brisbane.So adalah harapan membeli belah sebelum balik ni:).




Besar dah anak bujang aku nak pergi dinner sekolah.Cool lak nampaknya.





Blog Archive

Since 5/4/08

asp hit counter