Wednesday, July 1, 2009

Balik kampung

Nasib budak sekolah 2 orang ni tak sekolah betul-betul lagi kan.Nasiblah juga kampung aku dalam 30mins jek aku besit kat highway tu boleh sampai.Cuba byangkan kalau kampung kat penang ke kat kedah ke perlis ke kelantan ke johor ke pahang ke even melaka lah tu ha..jauh gaklah kan nak balik selalu.

Nasib dok Seremban apa-apa hal call sekejap jek Inshaallah sampaile aku.Bapak aku tak 'sihat' lah..meracau-racau pulak.Tapi bila aku balik eloklah pulak senyapnya.Bapak aku kan makan ubat hospital sekarang ni selalu tu dia banyak tidorlah berehat tapi 2 malam sebelum aku balik tu..dia 'membebel' sorang-sorang menurut cerita mak aku tu macam bapak aku 'berlakon'lah kan.Dia seperti keliru.Tahulah kepala dia tak betul tapi tak pernah dia bercaka-cakap macam tu. Contoh dia ingat rumah mak aku tu rumah flat dia mencari-cari tangga nak turun pintu dia tak jumpa mana nak keluar..sekarang semua pintu mak aku dah mangga kan.

Bermula pukul 6 pagi macam tu jiran aku aku panggil mak aku sebab bapak aku dengan tergigil-gigil berkain pelikat baju terbalik pergi jalan kaki nak tunggu teksi tak jauh sangat lagi dari rumah aku..dia masuk kain baju dia dalam sarung bantal.."Astagfirullah..."..nasiblah makcik tu ternampak..kalau tak boleh bayangkan ntah mana-mana dia berjalan?!.

Tapi memang ada padilah cerita yang dia dengar bapak aku malam-malam cakap sorang-sorang..yang adik aku cakap bapak aku baring-baring tu teraba-raba dinding rumah main-main hujung kain selimut samalah macam arwah adik aku seminggu sebelum nak meninggal.

So bapak aku jadi tak tentu arah pulak..aku suruh adik aku kasi ubat penenang sementara aku balik.Aku sampai..bapak aku tengah tidor..aku pegang kepala dia takdelah panas kot aku ingat dia meracau sebab demam panas ke kan..aku gosok-gosk badan dia..dia tahu aku..dia cakap macam biasa jek tanya aku bila balik etc.

Aku bukan nak cakap apalah kan..kelakar pun ada sebenarnya..bapak aku ni kalau dia buat tak tentu arah contoh macam dia taknak minum air kan..aku dah pesan adik-adik aku selalu bagi dia minum air sebab haritu kan baru operate buang batu karang dia so kenalah dia minum air selalu..so kalau dia banyak complain adik aku cakap dengan dia.."nanti cakap dengan ina eh..."..hehehe terus bapak aku nak minum..kelakar tul aku rasa.

Macam haritu masa pozi 'ambik' dia pagi-pagi tu dia melwan gak..di tumbuknya muka si pozi..tulah nasiblah si pozi ni ada..dia ni serupa orang gaji bapak aku pun ada..penat wooo bapak aku buatkan..dia dengan pozi memerintah jek tapi depan aku ..aku tak pernah dengar lagi:).So pozi nak bawak dia balik dia taknak pozi cakap dengan dia.."Orang panggil Ina..kang Ina ambik ayah bawak balik rumah dia..dia jaga ayah langsung ayah tak boleh buat apa.."..bapak aku jawap.."taknak rumah ina hantar rumah faizal.."rumah abang aku.Tapi kan even aku ni anak no.3 mak bapak aku kalau apa-apa sure refer kat aku..bapak aku tu pun bukannya dia 'takut' dengan dengan abang kakak aku pun. Tu pasal kalau apa-apa jek adik ke mak aku mesti 'ugut' bapak aku nak mengadu dengan aku..terus dia ok.Kesian bapak aku:). Even apa-apa kes adik beradik akulah..masing-masing kalau apa samada mengadu dengan aku atau takut nak mengadu dengan aku cam gitulah.Sebab aku kalau dah bercakap kang tak renti-renti kan sendiri fikirkan:).

Bukan aku ni kejam..tapi aku kan very 'cukup lengkap' punya orang..dia dok rumah abang aku 2,3 hari dah dia panggil ambil balik sebab yelah apa-apa rumah anak sendiri selesa kan..kang rumah menantu makan minum kenalah tunggu orang tu buat ..nak suruh tak sedaplah pulak kan..yang menantu jenis pendiam..sikit mahu hengatlah kan.

Tapi tulah 2 malam aku kat situ takde dengar bapak aku bebel apapun.Semalam aku pergi melaka pergi rumah arwah nenek aku pergi melawat kubur-kubur arwah datuk nenek pakcik sedara semua bla bla..then sepupu mak aku ajak pergi jumpa makcik ni berubat.Makcik tu cakap bapak aku tu ada 'saka'..hehehe..pernah dengar tak apa itu saka?.

Sepupu mak aku tu kerja Ward Psychiatrist Hospital Melaka dia yang cakap one of her patient tu berubat dengan makcik tu kan..terus macam elok.Makcik tu bagi air dengan mandi.Korang nak tahu apa pendapat aku dengan apa makcik tu cakap pasal bapak aku..korang tunggu entry akan datang..kelakar pun ada..nak kata betul macam betul nak kata tak macam tak pun..nantilah aku cerita..penat aku nak taip panjang-panjang:)

3 comments:

♥ Ambia Aziz-Suhaimi ♥ said...

kak wangi, harap pakcik sihat kembali hendaknya...ha saka tu???mcm penah dengar...tp tak sure..

kaklia said...

saka tu biasa dikalangan org melayu...heee...opah tiri mak pun ado saka nyah...tu citer lama lah, dah meninggal pun opah i tuh. tapi banyak lah benda2 yg tak masuk akal yg di buat nya, seperti mengangkat tv 21" dari rak tv dan diletak tv tu atas lantai....blehhh??? org tua umur 80an yg mengangkat tu nyahh...:)

Wangi74 said...

Thanks Ambia.

Nyah...waduh..tu ala incredible hulklah tu....pelik kan..old generation dgn saka tapi yang anak2 muda sekarang takde saka pun perangai mcm puaka..hehehe

Blog Archive

Since 5/4/08

asp hit counter