Monday, July 6, 2009

Saja jek aku:)

Ermmm..mula-mula berita gembira.Alhumdulillah my boss dah naik pangkat lagi jadi Sr.Project Manager so maknanya sekarang incharged for the whole project...aku sesungguhnya memang kagum dengan kemampuan dia.Ingat lagi dulu masa kat Newcastle 2 project Manager kena buang sebab project dah overdue dan lebih budget..dia took over selesai.Itulah pasal dia memang pandai berjimat..kalau boros macam aku..habislah duit company kan...Dan lagilah besar tanggung jawapnya namun aku memang melihat yang dia memang seorang leader.Even mula-mula dulu join company ni pun the bosses pun dah nampak credibilities dia masa tu umur baru berapa muka nampak nerd giler..hehehe.Aku bukanlah nak puji suami sendiri eh..tapi kan macammana apa pun kat office dia cool saja balik rumah tukar baju dah sibuk main dengan anak-anak.Tak pernah sekali dia menengking aku ke apa ke kalau penat..tapi aku sikit fikrilah kan..kenalah jaga semua tu..kenalah HORMAT.

Aku cerita dengan kawan aku yang setiap malam Mikelah yang tidorkan anak-anak.Aku ambil alih kalau dia tak boleh atau apa-apa yang menyebabkan aku kena tidorkan anak-anak.Dulu-dulu masa anak-anak baby-baby mana ada aku bangun malam kalau baby-baby kucing aku menangis ke apa ke..Mikelah yang bangun even pagi kerja macam biasa.

Masa Said kat sana dulu dia bangun pagi dengan Said..Said breakfast ke atau lunchbox dia yang sediakan aku just make sure ada benda yang nak di bawa ke sekolah.

Haritu Said ntah buat apa-apa kat sekolah ntah Cikgu called Mike.Mike abit dissapointedlah..even cikgu kat sekolah pun cakap diaorang hairan tengok Mike yang bapak tiri kepada Said sungguh mengambil berat tentang Said.Aku cakap menangis-nangis dengan said tersedu sedan aku..aku cakap.."manalah kita nak cari seorang ayah macam ni dalam dunia ni Said...bla bla"terlalu banyak pergorbanan dia buat aku berdua.Aku cakap dengan Said bagaimana Mike selalulah mempertahankan Said kalau aku nak marah ke kalau aku pot pet ke..dia selalu cakap positive side tentang Said.terus Said pun menangis tersedu sedan meminta maaf.Mike tanya apa yang aku cakap dengan Said.aku jawap "Mother talks ok"..hehehe psychology kan..aku nampak jek kasar kadang tu kalau bercakap tapi kalau makcik dah bercakap dari hati yang tulus ikhlas ni..ni macam drama air matalah jawapnya..hehehehe.

Sesungguhnya aku amatlah menghargai dia.Macam tadi tengahari kawan aku sms aku..suami dia oz gak..diaorang bergaduh besar sebab suami tak mahu lebih kurang..yang sorang laki pun suami oz gak..suami tak on her side.Aku amatlah bersyukur.Apa jeklah aku cakap ok ke tak ok ke..dia tak pernah nak judge aku..kalau aku nak cakap ke nak buat apa-apa yang kepala otak aku tak boleh nak fikir nak buat macammana..aku tanya dia selamba jek dia bagi jawapan yang buat aku terfikir.I really need him.

Lagi berita baik..Kasim call dia tanya bila nak pergi sekolah pondok.Aku dah call beberapa sekolah..aku pun gembiralah bila dia yang willing nak pergi aku cakap dengan dia.."abang beri masa pada diri apa..apa tak perlu cakap/janji apa-apa..just pergi..ini untuk masa depan abang..ramai budak-budak dari sekolah pondok mak dengar berjaya pergi ke saudi sana belajar etc..".Itulah pendekatan aku dengan anak-anak..kami sentiasa berterus terang kalau apa-apa harus berkongsi cerita/masalah.Itu saja yang boleh aku buat.

Lagi dibandingkan si Padilah dengan Maid kawan aku..tadi kami pergi bday party kawan aku tu bengkak hati saja dengan Maid Phillipino dia..masa aku datang tu..aku tak kenal lagi maid dia..aku ingat maid dia tu guest selamba jek bawak pinggan makan minum duduk sebelah kawan aku..macam-macam tetamu gitu.Banyaklah lagi ntah apa-apa..kawan aku tu nunggu habis potong gaji dia nak berentikan saja..sekarang ni tahan jeklah sabar.

So kesimpulannya..aku bersyukurlah apa yang berlaku dalam minggu ni even penat dan kepala aku penant gaklah berfikir apa nak buat dengan Kasim.Syukurlah bercakap dengan-dengan orang-orang yang baik-baik bagi pendapat etc..contoh macam ustaz/ustazah sekolah-sekolah pondok tu walaupun pertma kali bercakap tak kenal muka..bukan main ramahnya lah lagi..rasa aku pulak yang nak pergi belajar pondok.Syukur pada rezeki dan kesihatan yang boleh buat aku bergerak kesana kemari.Syukur pada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bersama memberi sokongan pada aku.

Ermm..macam nak bagi ucapanlah pulak.Apa-apa minta ampun dan maaflah jika ada kata-kata aku menyentap hati pembaca-pembaca semua erk:).Apa salahnya minta maaf siang-siangkan takan nak tunggu bila kena bulan dan tarikhnya saja kan:).Salam Manis-Wangi:).

4 comments:

Karimhanim said...

Tahniah pakcik Mike..murah rezeki you all sekeluarga...aminnnn...

Good to hear about Kasim too...hopefully he will use this opportunity

Wangi74 said...

Thanks laling..nnti balik kita gi makan minum lagi erk:).

Karimhanim said...

no problem cik..tapi kena tunggu lagi setahun le babe...

Mrs to Mr Janssens said...

Congrats to Mike!!! Ada sihat ka?

Blog Archive

Since 5/4/08

asp hit counter