Tak tentu arah aku nak menaip mana satu ni wakakaka..rumah dah masuk internet you all tahu ha..puas hati makcik.Aduh memang mengerikan betul nak dapat internet pengalaman ngeri jugak aku dengan TM net..habih nak buat cam no kan..aku ingat kalau TM net ni dia buat perangai macam ni kat overseas aku ingat seminggu bungkuslah tikar gulung tikarlah jawapnya.
Hari-hari aku calling-calling dek non..berbuih mulut aku menerangkan satu per satu..anyway..aku pun malehlah nak menyengalkan kepala aku lagi menerangkan kat korang kat sini.Korang suka tak aku dah memblogging ni..sukalah korangkan ada tempat korang menyinggah ye tak..makcik tahu korang memang peminat makcik..wakakaka..memang gelisah hidup korang kan kalau tak dapat baca blog merapu makcik ni.
Apa-apapun makcik nak gaklah bagi ucapan terima kasih kat TM net ni..sorrylah operator-operator TM net yang kena maki dengan makcik sure bengkak telinga korang ataupun korang tak kisahpun sebab bila makcik bercakap tu korang halakan speaker tu kat tempat lain sebab itu makcik terasa yang makcik bercakap dengan dinding hehehehe.Harap-harap 10 tahun lagi berknowldgelah operator-operator dan staff-staff diaorang selain hanya bagi jawapan "sila isi borang".Duhhh!
Lepas ni merasalah blog ni aku tepek gambar jek even sebenarnya sejak aku balik ni mana ada aku ambik gambar..busy atas jalan jek aku.Badan pun dah semangat ni..gym nak pergi 2 kali seminggu pun penat aku ..pastu asyik makan jek..kat gym tu takdelah pulak sapa-sapa yang motivatekan aku..takdelah pulak aku tengok lelaki-lelaki hansem ntah kemana ntah perginya..yang ada semua jantan yang syok dengan diri sendiri saja yang dok depan cermin tengok diri sendiri sambil mengangkat-angkat besi tu..so slowlah sikit makcik kan nak berexercise hahaha..
Kawan-kawan di overseas gi mana ya kamu semua..hehehe.Mike nak gi Perth in May ni aku nak suruh dia beli Vegemite..kat sini vegemite mahal siut..aku ni pun ingat in Spring nak balik oz jap bawak mak aku jalan-jalan tapi tengok dulu macammana sebab mak aku nak ikut aku balik for Christmas nanti tapi kot boringlak orang tua tu duduk rumah mentua aku kan..sebab mak aku ni kuat tidur..macam kucing siang malam dia tidur akupun heran..aku tengok adik beradik aku mak bapak aku memang kuat tidurlah sejak menjak aku perhatikan ni lah:).
So aku nak organisekanlah..seminggu ke aku bawak mak aku jalan lepaslah aku membeli seluar baju dalam aku.Pastu nanti Christmas makcik nak beli LV ok hehehe..(dah datang kefoyoan kan..)eh tapi betullah..kat sini aku tengok aku jual Coach kat Ikano ni kat RM20 siut..wakakakaka..terkezut aku rupa sebijik cuma yelah kot orang yang tahu tu sekali pandang tahulah.LV pun aku tengok bersepah jek orang pakai..yang benornya orang Msia ni kaya raya itu yang benornya ha.
Ingat ni makcik depan rumah aku yang dah ada 5 bijik keter tu ha boleh ko dia beli Suzuki Swift..aku ulang lagi Suzuki Swift yang aku nak nak kan dulu tu..padahal dia drive pun tak melainkan driver dia yang aku kira kot ala-ala busybody sebab aku keluar jek pintu yang nyata aku nampak muka pakcik drive r tu dulu..hehehe.Apa ke makcik ni dah terlampau banyak duit ke sekadar nak melarikan dari bayar cukai.Yang jiran sebelah aku ni..BMW 2 bijik ok yang sebijik tu selamba jek parking kat luar rumah tepi jalan dah tak kisah dah sebab duit dah terlebih-lebih kan tu yang selamba jek tu.
Yang pasti aku ni masihlah tak nampak muka jiran-jiran aku.Yang makcik depan ni aku tak tahu camne nak memulakan langkah.Harap-harap tulah berjiran gaklah aku ni nanti.
Aku terus ambil maid aku yang aku kata lembab tu you all.Dia menangis-nangislah taknak dipulangkan di agent aku ni pun menangislah sedih juga even aku ni rimas gaklah kan dengan kelembapan dia tapi yang penting dia sayang anak-anak aku ni ha.Ni sejak dari 12hb date yang sepatutnya dia kena pulang ke agent setelah 2 bulan kontrak habis tu..dia oklah..aku dah tulis 4 muka surat jadual waktu dan standard kerja yang aku mahukan.Mike pun tak sampai hati juga.Aku cakap dengan Mike aku cakap macammana orang boleh buat keputusan dengan mengenepikan perasaan kasihan..Mike jawapan "This is not business we talking about human".Mike cakap takpe kita ambik saja dia kalau di atak bagus sangat suruh jek terus dia balik Indonesia dari pulang kat agent yang hidupnya macam hamba tebus tu.Fadilah ni ok cuma korang fahamlah sebab aku ni dulukan ala-ala kerja orang gaji aka cleaner hehehe..tu pasal standard kerja aku lain lah memang jauh beza dengan dia..anyway..sekarang ni oklah nampaknya.
Lagi satu masa di agent aku dapat salinan passport si Fadilah tarikh dia buat passport tu 25/11 iaitu birthday aku..aku beli BMW tu pun sebab kereta tu registered pada 25/11 tulah pasal si fadilah ni stuck dengan aku itu pasal kereta tu Mike kena gak belikan untuk aku..hehehe..apa-apa Alhumdulillah.Berbanding dengan kawan aku dapat orang Madura 2 hari dah dok mecangkung depan rumah meraung-raung macam orang kena histeria..Nauzubillah..buatnya di ambil pisau ke apa..tak boleh nak dibayangkan.
Oklah nanti besok aku snap-snap lah..tak jadi kejelah pulak aku nanti ..ni nak tunjuk Chandeliers kat dalam rumah aku ni ha...boleh aku tengok satu Chandelier dalam rumah ni yang sebijik macam ada satu dalam Sasha Bashir punya blog dulu yang sebijik macam aku jumpa kat kedai lampu dekat rumah aku ni..harganya RM5999..apa ke gila kan tuan rumah ni.Tunggu eh geng..Good Night!