Friday, June 12, 2009

12/06/09

Ni semalam bawa mentua kesayangan hehehe pergi Central Market.Waduhh..aku 2 minggu ni jadual padat sungguh.Semalam sampai Michael balik kerja aku menahan sabar je maintain kesabaran dan kepenatan melayan mentua ni kan.

Diaorang ni tak cerewet apa tapi macam letihlah macam kang kat rumah..tengok dia nak basuh pingganlah takan nak biarkan so aku basuh kang nampak orang tu nak gosok baju kang..kita kenalah gosokkan kan..walaupun diaorang tak kisah tapi tetamu mentua kan..so penatlah..kang baru nak duduk dia tanya mana sudu..so dah kena bangun ala-ala gitulah. Kalau dia takde tak kisahlah sangat nak maintain semua tu kan.

Anyway besok diaorang balik aku dengar October ni nak datang lagi..aduhai..August adik ipar aku pulak nak datang sebelum tu makcik dia nak datang..aku ni macam PR Michaellah pulak.Takdelah apa macam semalam aku nak bawak diaorang ni bershopping kat Central Market tapi yang banyak beli barang akulah so adalah untung jadi PR ni yang penat tu penatlah kan.Kang kalau dah penat sesangat kang aku tunggu Mike balik masuk bilik jek aku cakap.."Blo8ldy hell pung pang pung pang"..wakakaka..aku bukan kira gitu mulut kalau dah beracakp kang..ha..lalat pun pengsan.Aku cakap hamboi-hamboi ko senangnya plan sedara mara ko datang sini aku yang nak mampos melayan..hehehe.Nasiblah aku ni tak memasak kalau tak harus berterbangan periuk belanga aku kerjakan. Anyway..I love them sebab diaorang layan aku tersangatlah mesra alamnya.




Tu mentua dengan menantu..aku sengih kegelian.Ini kali ke2 aku masuk kaki dalam tempat cam gini masa percubaan pertama dulu aku rasa nak dekat 5mins baru boleh masuk kaki dalam tu.



Aku rasa ikan ni menjilat jek kulit kita.
Hari ni aku buat 2 house inspection.Dekat area-area Kota Damansara ni lah juga.Nak cari rumah slow-slowkan mana yang boleh menawan hati aku..tapi tulah rumah ni dapur dia memang susah nak cariklah..kalau nak buat sendiri kawan aku cakap besar macam yang aku ada ni dalam RM80-100K.
Tadi rumah yang aku pergi tengok tu alahai dapurnya rumahnya besar garden siap ada gazebo aka pagola lagi ....tapi memang agaknya jenis orang tak memasak ada 2 tungku saja rumah tu dipunyai oleh dutch muslim couple.
Takdelah pulak harga rumah turun orang cakap economy crisis ni sama jek mahalnya.Tapi tengok duit AUD ada naiklah macam dulu dalam RM2.80=AUD1 so oklah tu kan aritu masa tengah teruk RM2.34 ke macam tu.
Lagi satu nak pilih rumah even memang macam mahal sikit tapi gated community baguslah..aku memang rasa selesa sangat dengan guards ni.Ada satu rumah kat sini aku tak tahulah dalam rumah macam mana agent tu cakap 1.38j kalau aku tanya tuan rumah yang kami tinggal ni sekarang aku ingat harus lebih dari 1.6 ke gitu sebab rumah ni dah di renovate..tapi macam agent tu cakap security tu safety tu kalau kita beli rumah macam open community nanti kang sama gak belanja nya..nak buat pagar elok sikitlah alarmlah itulah ini lah ada orang pasang cctvlah ..semua tu nanti sama gak kan harganya.
Aku yang penting anak-anaklah macam diaorang nak main kat park ke apa aku rasa senang tak risau..aku memang takde harta apa..barang kemas mana ada orang nak rompak buat penat jek dalam rumah lapang macam hospital mana ada perabot ke apa mana ada barang perhiasan ..tapi tulah anak-anak aku tak sanggup even sedetik terfikir aku kehilangan mereka atau apa-apa berlaku kan.
Tengoklah macammana Inshaallah aku selalunya dapat yang sesuai dengan jiwa aku kan..macam rumah di oz tu pun masa nak beli tu aku yang carik dalam internet aku yang called the lady owner buat inspection bla bla aku sendiri yang cakap kami jadik nak beli and at the end semuanya ok..very good investment.
So takpe Inshaallah yang penting kita tahu apa yang kita mahu dan cariklah kan:)

Thursday, June 11, 2009

Philipino compared to Indonesian maid

Mana bagus Phillipino dengan Indonesian maid erk.Si Mary dah aku hantar balik rumah saudara dia tadi.

Kalau tanya aku..aku baru seorang Indonesian sorang Phillipino.Yang Phillipino aku dapat jenis berat mulut sikit.Kejap-kejap dok dalam bilik kejap-kejap aku nak panggil..baca majalah aku dalam bilik bersama biskut.Kuku panjang bernail done tu.Masak aku tak suruh so aku tak tahu..ada sikit pembohong.

Gaji RM1200 cuti hari Ahad diaorang sosiallah sikit..kot keluar hari Ahad tu kot jumpa bf.Yang si Mary ni aku tanya ada bf orang Turkish jumpa di HRC.So agak-agaklah.
Diaorang cakap bahasa inggeris tu satu..diaorang nampak bersihlah sikit dari Indonesian..kalau nak banding mutu kerja diaorang ada sikit cerdiklah kalau yang ada pengalaman kerja.Yang aku dengar dari 2 orang mothers dari sekolah Adam tu..Maid Philipino ada sikit kurang ajar kalau yang ada pengalaman kerja tu tak bolehlah ko tegur..buat muka macam gamp*ng.Sama macam Mary ni sebab dia berat mulut aku ajar dia buat bed dia buat muka macam sengal sikit..so aku tak comfortable aku tak tahu dia terima ke tak terima ke cakap aku.

Dah tu dengan anak-anak macam tunggul jek dia tak bercakap.Aku memang ada cakap makanlah apa saja kat dapur tu sebab dia kata kalau kat rumah cina makan sendiri.Aku taklah sekejam itu tapi dia lebihlah pulak breakfast makan Coco crunch anak aku kan..makan jeklah benda lain..roti apa ke..janganlah ko makan makanan budak-budak yang selalunya mahal Vitagen ke apa..common senselah..minumlah air ribena ke apa ke..so dia buat kepala bongok dia so bye-bye jeklah.

Yang aku dapat walaupun si Padilah tu slow otaknya tapi faithfullah dia..even penuh gak dengan drama.Padilah ni aku rasa mentality tak kuat.Tu pasal kejap kejap terpeleot..bayangkanlah 3bulan kerja 6kali sakit kepala.Kerja ada ganas..tapi bagus dengan budak-budak very lemah lembut.Padilah memang bagus jadi orang gaji kalau dia tu ada kuat sikit..korang bayang erk..kalau aku balik rumah kan..terlari-lari tgk kot aku perlukan apa-apa..Mike balik kerja terus bagi air sejuk basahkan tekak..hehehe.

Macam sekrang dok rumah mak aku kan..kalau aku datang rumah mak aku macam tulah..salam tangan..nak balik cakap "hati-hati buk.."aku ni bukanlah gila apa tapi cara tu..masa aku masuk spital tu kan.. beria-ia dia menangis kot ingat aku ni sakit apalah..so itulah.Tapi nak ambik dia kerja semula rumah ni ontahlah sebab sakit jek kepala aku tengok dia menyompekkan barang rumah aku ni..heheheh tapi jaga anak-anak ok..Aisha dah pandai cakap melayu sebab Padilah ni layan baik dia bercakap banyak perkataan melayu.

Anyway sabtu ni datang sorang lagi Phillipino aku nak test seminggu kalau tak ok gak..takpolah aku ambik jek Indonesian semula.Kawan aku baru bayar duit kat Agent ambik Phillipino tapi tak puas hati..baguslah dgn anak-anak tapi kerja hampeh sikit..so tak puas hati bayar gaji mahal tu kalau boleh dpt 2orang Indonesian Maid kan.

Tuesday, June 9, 2009

Bebel lepas makan

Semalam aku buat mee bandung,aku beli paste dari Giant tu jek.Tengah-tengah makan aku tergigit kacang..nasib Adam baru makan seafood sikit terkecut aku..si Adam cakap dengan aku sambil cembeng "Uweee...mummy why you put peanuts in my food..peanuts bad for me.."..muka cembeng..aku kelam kabut bawak dia gi dapur suruh dia bercakap takut bertukar suara ke apa kan..nasib takde.Aku tak perasan ada tulis tak dalam bahan-bahan tu aku ada tengok tp tak perasanlak kacang ke apa.Anyway Syukur Alhumdulillah.

Tadi aku buat seafood pasta saja..sedaplah pulak.Seperti biasa mentua aku mesti puji-pujian.Bersyukur juga aku dapat mentua yang tersangatlah ok.Yelah kadang tu penat gaklah nak layan kan..tak sama macam kita layan mak sendiri lagi selesa tapi bagi aku kot layan mak mentua orang puteh ni lagi easy kot dari layan mak mentua melayu kalau mengikut pengalaman akulah.

Tapi aku ni sebenarnya pun dah berumur so denganorang tua-tua aku ni get along quite well lah juga.Diaorang ni sebenarnya nak bermanja..mak mentua aku ni ok sangat nak cerita pasal apa pun bantailah nak bergossip Angelina Jolie dengan Brat Pitt nak break up pun jalan kan dia siap belikan aku Entertainment magazines masa datang sini hari tu.

Tadi bawak Pak mentua jalan Central Market dia cakap Mak Mentua aku sure suka so Thursday giliran bawak Mak mentualah pulak.Takpelah sabtu ni nak balik dah kan.tapi yang aku bersyukur sesangat sebab penerimaan diaorang terhadap Michael yang muslim.Haritu masa diaorang pergi PutraJaya tu nak masuk masjid tu kan kena pakai macam jubah tu kan..mak mertua aku cakap kat orang tu yang anak dia tu muslim dengan gembira.

Aku haraplah kot satu hari nanti kot diaorang ni terbukalah hati nak memeluk Agama Allah yang suci ni.Aku dengan Mike ni pun sekrang ni asyik sibuk jek..masjeed kat rumah ni boleh kata hari-hari dengar ada ceremah ke pengajian aku dengar dari rumah saja bagus-bagus ceramahnya tapi takdelah pergi-pergi lagi.Tengoklah lepas dah settle sikit ni nak suruh Mike pergi masjeed.

So Sabtu ni Mike akan interview maid phillipino baru.Aku bercakap dengan Agent tu..aku cakap dulu Maid Indon aku aka Padilah tu kan memanglah kadang-kadang buat aku gila sikit tapi dia tu very faithful lah..kalau aku balik dari mana-mana kan..dengar pintu pagar bukak berlari tengok kot ada barang-barang nak diangkat ke apa ke..yang maid ni haram..kejap kejap dok dalam bilik..kejap-kejap aku nak panggil....tu aku cakap dengan Agent tu..boleh ke berkerja rumah orang macam tu.

Tulah agaknya Mike dengar bila aku puji padilah kat agent tu Mike cakap patut ke kita ambik dia balik..padilah tu otak ada slow sikitlah kan tapi baguslah dari yang ni.Kalau kita balik rumah terus-terus kasi air segelas bagi minum...kadang dia tanya aku nak picit badan ke apa..tapi Phillipino maid perasan bagus sikitlah..hehehe...besar kepala .Kuku berkalar boleh bawak majalah aku masuk bilik baca sambil makan biskut.Memang aku cakap boleh makan apa saja dalam rumah ni..tapi agak-agaklah makanan budak-budak ni kadang tu mahal..habis disebatnya.Tu pasal kalau kena Majikan cina makan ko sendiri sebab dahle bayar mahal..lebihlah pulak.Heran tul aku..tapi yang benar memang rumah ni banyak kerjalah even tak nampak sangat nak memaintain tu...memang berpeluh-peluh badan dibuatnya.

Harini baca suratkhabar Maid Indon kena seksa lagi oleh Majikan..yang memang macam anjing gila ganasnya.memang majikan hati standard haiwan ganas.Hukum rotan jek majikan-majikan sewel ni..haritu mati sorang..apalah nak jadi dengan manusia ni.Nauzubillah
Tadi pergi pusing-pusing central market.banyak kedai tutup erk.Bawak pak mentua dengan budak-budak pusing.Aku kan suka jalan kaki kesana kemari..Kasim cakap dengan aku "Ni kalau sebulan abang duduk dengan mak ni sure badan kurus ni"..hehehe iya betulll tu.

Aku ada 2 mission nak buat ni.Satu nak cari rumah nak beli boss bagi kebenaran aku dalam lingkungan budget dan satu nak pergi kursus dan memulakan satu perniagaan ni..hehehe..nanti korang tahulah bila aku dah buat nanti.Perniagaan yang perkerjaannya amatlah aku suka buat kat rumah:).

Oklah nak rehat jap

Monday, June 8, 2009

Garamlah..&&%$##^

Suka hati aku jeklah berapa banyak entry aku nak membebelkan.Aku nak complainlah kan..bencilah..baru-baru ni kan dalam SuratKhabar berita pasal Datuk sial ni umur 65tahun mencabuli cucu perempuan berusia 5 tahun.Dan lagi sialkan dia tu boleh ajak 3 lagi kawan-kawan dia menrogollah cucu dia ni.Bab* ke tidak orang tua ni.

Takdelah pulak disebut kemana perginya mak bapak budak perempuan malang ni.Kasihannyalah aku..dada aku ni rasa nak meletup ni ha..bayangkan budak perempuan baya Adam tu..Astagfirullah Maha Suci Allah Lindungilah anak-anak kami semua,Kasihanilah Kami,Ameen.

Aku nak cakap selalulah kes-kes mencabuli ni..memang menjijikkan dengan berita-berita macam ni yang berlaku di negara Malaysia ni lagi-lagi kebanyakannya kot keturunan melayu yang ertinya muslim.Dok oz tu pun orang yang majoritynya Kafir tu pun jaranglah aku dengar kes-kes sosial macam begini adalah kot berlaku sesama bf ke apa tapi sumbang Mahram ni jarang aku dengar. Ni abanglah aritu bapak sampai bergugur-gugur berapa ramai anak-anak perempuan dirogolnya..eiii.lahan#t betul.

Yang aku nak cakap ni kan..adakah ni semua berpunca dari Iklan-Iklan?.Bukak radio melayukan ada saja iklan nak kuat anulah nak mantaplah yang bagi pompuan yang cergaslah yang bertenagalah..aku dengar pun malu even aku ni open minded..malu tu tak tahulah aku jijiklah kot.Kopi Jand*lah..kacip itulah inilah..yang kebanyakkan untuk kuat-kuat tu..aku rasa kan dalam keadaan sekarang ni kan..baik jek buat Iklan bagi mati pucuk saja dia mati semua kejantanan jantan-jantan yang tak berguna hidup tu. Agaknya dengar suara-suara orang kat Iklan tu yang jantan si*l ni pun macam s8al lah jadiknya..(berapa banyak si*l aku sebut maafkan jeklah erk)

Aku harap kat dalam penjara nanti ko tahulah susah senang hidup ko..biadap punya orang.Ermmm...aku marahkan siapa ni..hehehe..tapi memangbencilah..selalu sangat keluar berita-berita begini.Apa tindakan kerajaan ke tindakan Majlis-Majlis Keagamaan ke..tak terfikir ke nak berbuat sesuatu?.Setiap kampung ke apa ke wujudkanlah satu majlis pemantauan benda-benda begini kesian nasib anak-anak yang kecil..yang kena deralah apalah..tak cukup makan minumlah.Setakat bagi RM60 sebulan tak menyelesaikan langsung apa-apa masalah biarlah mati tak makan saja dari dicabuli begitu.

Pergi makan Seafood


Semalam dinner kami pergi makan seafood kat sebuah restaurant di PJ.Kawan yang rekemen memang sedap gilalah..ini pertama kali dalam hidup aku aku pergi Seafood Restaurant ala-ala gini semua jenis hidup lagi even udang ke kerang jepun ke apa jeklah.Harus di repeat lagi.
Belakang meja aku tu kalau korang perasan ada kepala lelaki ala-ala macam kurang rambut pakai maroon shirtkan..aku toleh-toleh aku rasa macam kenal difikir2 baru aku t eringat dia Bekas Ketua Polis Negara..nama aku tak ingatlah..zaman-zaman Kontroversi dulu..siapa erk nama aku memang tak ingat.
So oklah..dan hari ni tadi aku bawak Pak mentua aku saja pergi Bangsar punya Sunday Market..sure orang ingat itu laki aku..uwaaaa..laki kot tua bebenor hehehe.Yelahkan ada ke menantu keluar dengan Pak mentua kalau budaya kitalah ada tak gi pasar malam sesama..yang ada selalu bini muda laki omputeh tua tu selalu aku nampak kalau aku tengok macam aku pun aku ingat kot laki bini.Tapi aku tak gediklah kan..segan gaklah:).
Macam mana badan nak kurus makan beli tak hingat sana sini nak..perut semakin hari semakin menebal jek macam perasaan cinta kali pertama tu kan.

Sunday, June 7, 2009

Kasim

Semalam pergi mandi manda kat Club One.Fuhh..selalunya dia charged RM8.50 tup tup dah siap semua naik harga sekali masuk sorang rM18.50 kureng ajor betul.British International School kat sinilah yang aku pun tak faham apa ke hal mahal sangat feesnya.

So boleh percaya aku melahirkan semua 4 orang anak-anak ni.Hehehe..sungguh aku awetss muda..tulah untung beranak muda tapi sendiri hengatlah muda-muda dah ada anak kan..dah tua-tua nanti kot nak jadi budak-budak semula sebab muda dah sibuk melayan anak-anak kan.Anyway..aku ni bertuahlah..beranak-ranak jek anak-anak dah besar dah.Lucky diaorang ni semua get along ok saja even antara aku dengan Kasim pun macam biasa saja takde apa-apa jurang aku rasa.

Sepuas-puasnya si Kasim menceritakan cerita ceriti bapak dia.Badannya semangat..si Said kalau aku tak jaga makan-makannya boleh jadi gini badannya.Kesian gaklah Kasim..aku cakap degan dia "selesa tak pakai seluar pendek mandi tu..(bukan seluar getah seluar budak2 surf tu)..dia jawap"Abang lepas ni memang sure nak diet punya"..hehehe.



Kelakar jek muka Kasim ada muka macam sejenis ikan tu..kan:).Ikan yang cute:)



Phillipino Maid

Kaedahnya..harini maid baru tu cuti.Aku ingat nak call agentnya tu yang takpelah aku pun tak mahu nak keep dia disini lama.Bayar mahal kerja lebih kerja padilah jek hampeh.Dahle aku cakap dia punya muka macam ntah takde expression pastu terlampau senyap sangat..boleh dikira berapa patah perkataan dia cakaplah.Dia tak sefriendly padilah dengan anak-anak so tak berapa selesalah.

Memanglah tahu hari ni hari cuti dia kan..so pagi-pagi dia suruh aku dropkan dia kat simpang depan tu even aku tak berapa lah..then semalam apa dia ingat half day ke..takde buat kerja. .. aku balik rumah pukul 2 ptg sebab semalam sebelum tu balik Seremban ambik si kasim aku tengok ntah apa-apa pun nak bersuruh gaklah...so semak jeklah pala aku..

Semalam kami makanluar memang boleh kata hari-hari sejak mentua ada makanluar pun so sepatutnya Mike cakap tidy up the houselah ini macam lepas mandi anak2 tu apapun tak kemas....dia dok dalam bilik apa dia ingat aku sedara dia ke.Bayar nak mahal kerja hampeh..errr..where are the common sense.Aku ingat aku jek sorang perasan tapi bila boss sound aku tadi..aku pun cakaplah yelah aku memang perasan aku malas nak start dulu takut aku ni cerewet ke apa kan..tapi tulah yang memang patut jeklah suruh berenti.

Butterfly orchid

Aku ada 3 species orchid ni.So ni collection yang terbaru beli aritu masa bawak mentua semua pergi ke Nursery.Jenis yang ni kalau masa berbunga boleh diletak ke dalam rumah.Aku ada beli anak-anak orkid ni murah jek RM10 untuk 3 bekas.Eii sukalah orkids..pagi-pagi dah menelek pokok-pokok orchids:)






Blog Archive

Since 5/4/08

asp hit counter