Saturday, December 31, 2011
Talking about 2011
Untuk Salmah..maaflah permintaanmu tak dapat makcik tunaikan untuk ambil gambar banyak-banyak sebab..makcik tak kemana pun..melainkan duduk rumah dan ke kedai.Ke beach pun tidak:).So macammana you all punya cuti hujung tahun..makcik Alhamdulillah..8 hari tu cukuplah untuk makcik bercuti sambil membeli belah..sebenarnya membeli adalah cuti bagi makcik..untuk menghilangkan tension..maklumlah makcik kan tak boleh duduk diam..kena bergerak also tangan dengan kepala memang jenis cepat so pepaham jelah kan.
Yang ada gambar Christmas tree ni makcik mabik bukan apa..makcik nak cerita..satu yang bagus family Mike ni sebab diaorang ni bukan jenis yang ala-ala menyambut christmas macam ada certain orang puteh tu.Kalau kat sini hias pokok bagai nak rak..pasang lampu sana sini..yang ada letak santa claus depan rumah sebesar orang pun ada..so in laws makcik ni..ala-ala ginilah..yang kelakarnya..pokok tu makin lama makin kurus makcik tengok..korang tahu ke pokok plastik dah 20tahun lebih lama nya..hihihi.Bantailahkan..yang penting kepala makcik tak semak..kot diaorang ni jenis yang sambut christmas gila babas..harus pening juga..sebab kang boleh terpengaruh anak-anak kita..Adam Aisha ni typical kids lah ingat ada santa..makcik selamba je..bila kami sendiri-sendiri tu makcik cakap jek santa tu berlakon je..bukan real pun..hahaha.
Haritu adik mike ada tanya..sesaja je ..ada rindu tak nak makan babi.Tapi orang puteh ni takdelah makan babi macam satu kaum tu..yang sweet sour porklah kari vavi lah apa tu semuakan..diaorang lebih macam ham ke for sandwich..salami-salami ke..tapi in laws makcik memang sepanjang makcik datang rumah dia belum pernah tengok ada ham dalam peti ais..mungkin bila kami takdelah kot dia makan or beli..dia hormat mike.Tu yang bagus dan memanglah makcik sentiasa bersyukur pasal tu.
Gambar vegetables patch tu ..pak mertua makcik yang buat.Jagung tu even 2,3 batang..tapi cantek berbuah dan lepaslah diaorang nak makan berdua.Dah tua dah mertua aku..nak masuk 67 tahun aku tengok yelah dah slow down sikitlah kot.Diaorang life very easy..takde masalah amende pun..yang aku kelakar even mike pun..macam diaorang tu kan suka memuji..kalau wife dia masak ke husband dia masak ke..even mashed potato dengan ayam dan vegetables pun..puji macam makan caviar atau buffet kat hotel...kadang-kadang tu melebih-lebih pulak..macam rasa.."eh eh biat betul diaorang ni.."kalau kat msia sure orang kata dah buang tebiat..hihihi.
Tapi apa aku nak sibukkan..aku kawen dengan anak dia dah untung dia layan aku dengan Said dengan cemerlangnya pun dah bersyukurkan.Aku cakap dengan Mike..even satu hari nanti aku kena jaga diaorang sakit ke apa ke..aku tak kisah..aku tahu tanggungjawap aku(untungkan kawen dengan asian:).Tapi nenek mike dah 96..steady je..datuk dia meninggal aritu tak pun bedridden atau pun yelah terkencing dalam seluar ke apa..aku rasa aku yang besok macam tu kan..dengan mulut aku lagi..lepas tu aku pegang tongkat..hahaha..siapa tak dengar cakap aku..cucu aku ke..aku libas dengan tongkat..hahaha..aku rasa harus Said tekap muka aku dengan bantal memalam bagi aku 'jalan' cepat..wakakaka.
Nenek mike..kulit muka cantek takde kedut..sebab mike baru cakap dengan aku..masa memuda memang moisturiser freak..so dia kata dia baru terfikir kenapa nenek dia tak habis-habis dengan moisturiser badan muka..sebab sekarang ni muka kedutlah tapi taklah teruk sangat..dan haritu nenek dia hantar christmas card kat kitaorang(aku tak pernah hantar card ke apa-apa)..nenek dia cakap untuk aku "Lin..yes I still addicted to lipstick".Sebab aku pernah cakap dengan dia ..lipstick dia cantek..dan dia takan bukak pintu rumah kalau orang datang sebelum pakai lipstic but until now..still looked pretty.Also mike cakap..yang nenek dia suka dengan aku..tapi memang dari dululah..dia memang interested nak tahu apa-apa perkembangan pasal aku ..anak anak dan keluarga aku di Malaysia.Tapi tulah dia juh di Sydney kalau tak ada harapan juga aku jaga dia..lepas tu nanti dia bolehlah wariskan rumah dia yang besar harga dalam AUD2juta tu kat aku kan..hehehehe..(taklah gurau je..).Dia dah bagi-bagi dah..anak-anak dan cucu-cucu dia punya bahagian.
Aku cakap saja..tapi aku ingat mak aku cakap dengan adik-adik aku..yang aku ni apa-apa cari sendiri..kan aku cerita umur 15tahun aku keluar rumah aku dah cari duit sendiri..susah macammana aku takde mintak duit dengan mak aku..begitu jugalah dengan harta..zaman aku dulu-dulu..ada kawan-kawan beli tv peti ais..dengan berhutang..aku takde apa-apa harta pun masa tu sebab yelah aku tak mampu..actually kalau setakat bayar bulan tu bolehlah tapi entah memang aku tak apa-apa pun masa tu melainkan kain baju saja.Aku takdelah harap harta-harta sesiapa..(cheewaaahhhh..loya je tekak korang ye tak..so pergi uweeek kan kat toilet ok;).
2011 ni banyak jugalah perkara gembira yang aku buatkan..beli tanah..beli rumah.Ada projeklah sikit-sikit..dan juga tahu ni aku dapat memahami lebih diri aku yang selama ni aku tak berapa boleh nak faham sendiri..hahaha.Perception aku terhadap setengah benda tu.Yelah dah 37tahun dek non umur makcik kalau tak pepaham jugak tak tahulah nak cakap apa.
Yang kelakar bila teringat blog makcik sebelum ni..lepas letak gambar entah apa-apa..beli baju selai upload kat blog..beli baju 2 helai pakai pastu ambik gambar posing macam sengal..bila fikir kelakar betul..terasa macam bingai pun ada.Nak nak masa dok Newcastle sebab yelah masa ada terlebih banyak sikit..sikit-sikit ambik gambar..beli selipar jepun pun ambik gambar taruk kat blog.Tapi korang rasa entertaining tak semua tu..ke macam menampakkan kesengalan saja.Macam ada bebaru ni..ntahlah siapa...main-main add/accept kat fb je..lepas makcik tengok minah ni..dia suka ambik gambar sendiri..ambik gambar sendiri tu takpelahkan...cuma macam yelah..ambik gambar muka sendiri..memula terlentok sebelah kanan lepas tu terlenttok sebelah kiri..gambar pegang bear..ya rabbi..are really think that..pastu nanti statement macam orang ntah..hihi..
Then makcik fikir..adakah aku begitu juga?.Haha..sudah..grow up..do something better next time.So harapnya..2012 ni makcik bertambah matanglah dengan benda-benda macam tu.Ada few listlah yang makcik buat for next year..Inshaallah semoga di perkenankan Allah SWT di atas usaha makcik.Dan rasanya last year punya goals pun ada yang tercapai..so makcik gembiralah.Eating more healthy food will be one of themlah..tadi dah beli cereal with sultanas ke apa..for breakfast.Makcik going to ban condensed milk from the house...minum sekali sekala takpe..:).
Anyway nanti makcik sambunglah nak mengemas sikit lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
You followww?..I follooowww
- Abnormal
- Aida Rezuan-Spain
- Aidid Muaddib-Anti MLM:)
- Along7576
- Amy-Germany
- Amy-Ontario Canada
- Amy-Search
- Amysensei-Japan
- Arc
- Calimero
- Chef Yus@Mrs J
- Cikgu Pinat
- Cutey wifey-Ambia
- Ezlyn IG
- Fadilah
- Fitri Senin
- Gemuk dah kurus
- Hazlin's
- Iqa-UK
- Iskandar-Scandanavian
- Its me
- Jue
- Kadi Kluang
- Kak Ina-KL
- Kakalia
- Marlinda
- Mr.Rafi-HR Trainer
- Mutiara-USA
- Nanafarhana
- Nek Rock(Butik barangan dari USA)
- OrangeLily
- Pikacu
- Plug2pin
- Rina-Brunei
- Rizalman-Fashion desinger
- sasha bashir
- Somuffins
- Tokey Tukul
- UmmiSha
- Yan
- YoursTruly




1 comments:
as'salamualaikum dear and happy to see you again this evening, alhamdulillah. came here almost everyday hoping to see update from aussie :) looking forward for more *stori mori* have a wonderful week ahead!
Post a Comment