Tadi tanya kawan..dia kerja dengan Andulusia ke apa..cuma tulah kalau boleh nak cari yang berbahasa Inggeris ..sebab yelah Mike bukan boleh cakap melayu..also group sunnah ke.Aku cakap dengan mak..ajak dia pergi umrah.Mak naklah pergi even mak belum solat lagi..tapi aku tak kisahlah..even aku tahu dia pun tak kuat nak berjalan jalan nanti..tapi kita tak tahu kan..kalau aku bawak mungkin dia akan berubah..mungkin aku pulak yang tak kuat nak berjalan.
Sebenarnya mak aku dulu tu..dia pernah cakap..dia rasa terkilan sebab bapak aku 'akal'kan dia cakap nak bawak dia pergi haji dah cerita dengan orang sana sini tapi tulah..tak kesampaian so dia macam frustlah kan.Apapun aku malas nak fikir apa..macam aku teringat semalam..aku ni pahala ntah ada ntah tidak..solat pun kelam kalibaut je..hehe..tapi aku nak berkorban untuk mak dengan ayah..nak jaga dan gembirakan hati diaorg.Sekarang ni pun aku adalah buat sikit-sikit dan aku rasa mak dengan ayah memang macam redhalah dengan aku ni..dan aku tengok..yelah rezeki dan orang-orang disekeliling aku baik-baik je..sure pasal mak bapak aku redha rasanya lah kan.
Kadang aku ada menyakat juga mak aku..tapi dia tahu..Kelmarin-kelmarin balik seremban tidor semalam..macam seronok jek..kita orang berborak lepas makan buah itu ini..adik aku saja cakap.."Ina kalau ada..nak makan apa pun ada.."hehe..sebab aku ni kuat makankan..lepas tu pergi pasar malam..tengok buah-buah kampung ni..masa nak pergi tu teringat nak makan mata kucing kampung...boleh pulak terjumpa.Padahal susah dah sekarang nak cari mata kucing kampung sebab due tak berapa popular..sebab kecik sangat.
Mak aku.jumpa rambai..manis pulak rambainya..lepas tu rambutan gading..lepas tu akak aku nak makan manggis..lepas durian..kesudahannya..aku sakit perut..nasib dalam 2 jam je sakitnya..buruk tebiat kan.
Lepastu aku jumpa siput sedut.Favourite Adam dan Aisha.Berialah Aisha menunggu mak aku masak siput ni..kakak dengan adik aku..tukang buang ekor..aku tukang tumbuk cili kunyit etc..mak aku tukang masak..Aisha dan Kyra tukang makan..aku tukang sedutnya.Dek terlampu suka sangat makan siput Aisha cakap..'When i have a baby..I want to call her Siput".Hahaha..dengar betul-betul ok..Siput..nama anaknya nak di beri nama siput.Usah sedap betul siput ni ye tak.Muka ala omputeh puteh..tekak sebijik melayu.
Ini ikan pekasam goreng..gambar aku malas nak alter.Aku just makan kulit dan serbuknya tu saja..sedaplah juga.So tulah syukur Alhamdulillah..at the point of my life I feel so happy and excited about stuff.My relation dengan my sister pun dah getting better.Instead aku ni membebel or perangai dia buat aku sakit kepala..aku cuba faham dia..dan sebenarnya dia pun perlukan aku juga..aku tengok dia pun bertambah happy.Maklumlah..gila-gila or bising-bising mulut adik dia ni boleh gak harap..hihi.
Kan aku ada cerita haritu..dia dah bosan sangat agaknya..dia suruh aku bawak dia meround naik kereta.So aku bawaklah dia pusing-pusing..sambil cerita-cerita.Aku harap Allah SWT terimalah keikhlasan hati aku ni..aku berserahlah saja kan.Bila family kita gembira kita pun gembira juga.Aku harap Mike pun gembira jugalah..hehehe.
Ni tengah cari-cari rumah nak pindah..lepas jemput Adam balik sekolah ada satu house inspection..so tengoklah.Aku ingat nak renovate rumah mak kat seremban atleast aku boleh buat satu bilik letak bebarang aku ke..sebab kebykkannya rumah samada fully or partly furnished.Baik punya cadangan kan:).Harus fengsan Mike tapi dah cakap dah dengan dia semalam..hihi.
Semalam bila cerita dengan kakak aku pasal aku nak renovate rumah mak tu....dia cakap dengan aku..masa aku call dia petang tadinya tu..kawan dia tanya.."Adik linda yang mana?"..Lepas tu kakak aku jawap.."Adik linda yang kejutkan laki dia pepagi dari tidor masa nak beli kereta tu.."..wakaka..aku nak terguling rasa..sebab aku pun terlupa dah.Tapi betullah tu..masa aku nak beli kereta pepagi aku kejutkan Mike suruh bangun..aku nak pergi beli kereta..nasib boss aku orite je.Tulah yang dia dan kawan kagum dia cakap macammana aku boleh buat cakap macam tu..ntah..aku cakap macam aku cakap dengan orang lainlah.Mana ada aku cakap terlentok-lentok tergedik-gedik pun.
Tapi selalu aku akan mula dengan.."Boss..I got proposal for you..":)...the rest just be yourself:).
Oklah nak sambung mengosok mencuci baju.Ni semalam punya gambar..dah clear tapi hari ni ada lagi serupa jugak macam ni.




3 comments:
semuga di permudah urusan ketanah suci julai nanti, ameen.. geram tenguk pipi Alana Ivy! boleh pinjam tak *lol* p.s. betuah boss dapat isteri yang rajin mengosok. kalau saya hantar kedobi lah jawab nya :D
hahaha...cerita kain baju tak sudah samalah mcm kat rumah kakpin at ni..bayangkan..anak 5 dekkk...campur emak dgn bapaknya lagi...sehari punya baju berlonggok macam bukit!
Salam. Sekiranya puan sekeluarga ingin menunaikan umrah dibawah agensi yang menawarkan perkhidmatan yang bagus dan memuaskan, saya recommendkan puan ikuti pakej Umrah Kembara Sufi serendah RM5500. Untuk maklumat lanjut, emailkan "Pertanyaan tentang umrah" ke email address saya, minhajsuhaimi@gmail.com. Sila nyatakan nama dan no telefon puan sekali.
Post a Comment